I. Persiapan Awal Ke Arah Mencapai keluarga Bahagia
II. Suami Mithali
III. Petua
IV. Penutup
I. PERSIAPAN AWAL KE ARAH MENCAPAI KELUARGA BAHAGIA
Allah berfirman (Surah Ar-Rum: 21), yang bermaksud:
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda -tanda bagi kaum yang berfikir."
A. Memilih Pasangan Hidup
1. Memilih Isteri.
Nabi SAW bersabda: "Wanita itu dikahwini kerana dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan keagamaannya. Hendaklah kamu pilih yang kuat agamanya, tentu akan
menenangkan kedua tanganmu." (HR Bukhari Muslim dan lain-lain.)
2. Memilih Suami.
Nabi SAW bersabda: “Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (HR at-Tirmizi)
Please comment below or email me
No comments:
Post a Comment