Monday, February 22, 2010

Cerita MosesLake (4)

Behari-hari saya menunggu panggilan MosesLake. Apakah keadaannya semalam, hari ini dan hari esok. Bolehkah MosesLake menenangkan dirinya. Bersabar dengan apa yang dilaluinya. Berdoa memohon pemiliharaan Allah. Bukankah itu yang selalu dilakukannya. Saya sudah bersedia untuk menemui MosesLake hari ini. Apa pun keadaannya, saya tetap seperti dulu. Pembantu dan penyokongnya.

Pertemuan saya dengan MosesLake terjadi akhirnya. Kami berdakapan seerat-eratnya. Air mata MosesLake mengalir deras membasahi bahu saya. Saya terus saja memeluk dan menepuk-nepuk perlahan bahunya. Memintanya bersabar. Tabah. Rupa-rupanya kata-kata saya itu tidak memberi bekas. Apa yang saya ucapkan seperti tidak didengarinya langsung. Kenapa dengan MosesLake ni?

Setelah MosesLake melepaskan dakapannya, saya tercari-cari sapu tangan untuk mengesat mata saya yang tiba-tiba saja berasa pedih. Sudah lama kami tidak melalui saat seperti ini. Sejak pemergian bonda MosesLake.

Kami duduk berhadapan tanpa berkata-kata. Suasana sungguh hening. Senyap dan sunyi.

...bersambung Insya Allah...

Sunday, February 21, 2010

Cerita MosesLake (3)

MosesLake terus saja meletakkan telefonnya, sebelum pun sempat saya mendapatkan penjelasan daripadanya. Dengan rasa mengantuk, penat dan terkejut dengan berita penemuan MosesLake, saya tidak dapat melelapkan mata. Diri saya dilanda cerita MosesLake. Mungkin itulah yang paling tepat yang dapat saya katakan.

Dalam fikiran saya terbayang berbagai gambaran yang sukar dijelaskan. Dulu-dulu MosesLake banyak menyembunyikan perihal dirinya. Tetapi setelah terputus hubungannya dengan NorwoodYoung pada kali pertama, MosesLake terus saja membuka rahsia hatinya kepada saya. Dan saya dengan setia menyimpan cerita gembira dan cerita derita MosesLake.

Ini pertemuan MosesLake yang ketiga. Dan beberapa banyak lagi pertemuan dan perpisahan? Masa saja yang dapat menentukan. Nyata sekali, sesuatu telah berlaku kepada MosesLake. Penemuan MosesLake dengan NorwoodYoung mungkin sahaja mengubat rindu hatinya. Tapi mungkin juga sebaliknya. Disinilah perbezaan saya dengan MosesLake. Bak kata orang, sama tapi tak serupa. Saya sungguh-sungguh tidak dapat menyelami sedalam-dalamnya. MosesLake adalah MosesLake. Dan saya adalah saya.

Dan yang maha mengetahui tentang diri MosesLake dan diri saya ialah Allah. Hati MosesLake dan hati saya, juga Allah. Maka kepada Allahlah saya menyerahkan diri saya. Dan kepada Allah jugalah saya mohonkan ketenangan dan kesabaran bagi MosesLake, seorang sahabat yang dikasihi. Kegembiraan MosesLake adalah juga kegembiraan saya. Deritanya, derita saya juga.

Yang pastinya, esok saya mesti dapatkan penjelasan daripada MosesLake. Apa maksudnya “perjumpaan” itu.

...bersambung Insya Allah...

Saturday, February 20, 2010

Cerita MosesLake (2)

MosesLake mengatur kata-kata dengan begitu cermat sekali. Tidak seperti pada mulanya. “Yas, aku memang nak beritau kau sesuatu yang penting. Tapi sebab aku dah lama tak dengar berita dari kau, aku nak tau jugak, kau dan famili macam mana?”

“Aku biasa saja. Famili aku pun baik. Semua baik-baik. Engkau pulak?”

“Yas, kau tau lah aku. Sejak tahun lepas aku pun sibuk juga. Banyak benda yang tak sempat aku buat. Asyik dengan mengadap benda yang satu ni.”

“MosesLake... aku tau. Kau sendiri yang cari kan? Bukan sapa-sapa yang suruh. Kan lebih baik jaga cucu saja. Macam aku. Tak lah nak pening-peningkan kepala.”

“Yas. Kau dengan aku apa bezanya. Kau pun sibuk juga kan? Saja je kau tak nak mengaku. Januari baru ni dah start. Tiga sekali gus. Bukannya senang.”

Terus saja MosesLake bercerita dan saya melayan perasaannya. Dalam usia pencen pun MosesLake wajib menyiapkan 3 tugasan kuliahnya. Itulah yang dilakukan setiap semester tanpa gagal. Dan saya sudah biasa benar dengan keadaan dirinya. Bak kata MosesLake, saya dan dia tak banyak berebeza. Tapi masalahnya MosesLake belum memberitau saya perkara yang hendak diceritakan pada awalnya. Malam sudah mulai masuk dini hari.

Begitulah keadaan MosesLake. Bermacam-macam cerita lama diluahkan kepada saya. Dan saya sememang pendengarnya yang setia. Mata saya mula memberikan isyarat yang waktu rehatnya sudah terlebih-lebih terganggu. Tidak juga-juga MosesLake menceritakan berita yang ditunggu-tunggu. “MosesLake... MosesLake... aku...” Saya cuba memotong percakapannya.

“Aku tau. Kau dah penat melayan aku. Aku cuma nak beritau kau, aku dah jumpa NorwoodYoung!”

“Apa kau kata?”

“Aku jumpa NorwoodYoung”

...bersambung Insya Allah...


Friday, February 19, 2010

Cerita MosesLake (1)

Dulu saya ada seorang kawan karib, sangat-sangat karib. Lama juga kami berkawan. Mungkin ada 40 tahun lamanya. Sejak awal 70an. Untuk menjaga kemuliaan kawan ini dan persahabatan yang terjalin begitu lama (dan mungkin juga dia baca posting ini), maka saya perkenalkan dia dengan panggilan MosesLake. Dia orang Melayu bukan Mat Saleh.

Nak dijadikan cerita MosesLake telefon saya semalam (18 Feb 2010), setelah hampir setahun tak mendengar apa-apa berita daripadanya. Mula-mula saya terkejut juga MosesLake telefon saya selepas jam 12 tengah malam. Apa hal dengan MosesLake? Kenapa tiba-tiba saja telefon saya tengah-tengah malam buta ni?

Memang saya tidak menduga sama sekali MosesLake yang telefon. Suaranya termengah-mengah. Sesekali menarik nafas panjang. Tersekat-sekat pula tutur katanya. Saya katakan kepadanya: “MosesLake kau ni apa hal? Tercungap-cungap. Biasanya kau dah tidor waktu ni. Kenapa? Ada apa?” MosesLake terus saja mendiamkan dirinya. Saya mula rasa cemas...

Dengan nada yang paling perlahan, antara dengar dan tidak, saya berbisik: “MosesLake kau masih disana? MosesLake kau...” “Yaaa... aku masih di sini!” Keras pulak bunyi suara MosesLake. Saya pula mendiamkan diri. “Ni Yas (panggilan MosesLake kepada saya), aku fon kau ini ada sebabnya.” “Aku dah tau dah. Mesti ada sebab. Kalau tak, tak kan kau fon aku tengah malam buta ni.” Barulah saya rasa tenang bila MosesLake telah tenang.

Akan datang...Insya Allah

Tuesday, June 9, 2009

Family Day 2009:PH, U-B dan KFC

Isnin, 8 Jun-Kelana Jaya. Family Day memang waktu yang ditunggu-tunggu. Kali terakhir FD2007-Langkawi. Waktu itu semua ahli keluarga ada bersama, kecuali Iqmal. Kali ini abah tidak dapat menghimpunkan semuanya, kerana Izham, Ayu, Irdina dan Irfan berada di Kuwait. Mungkin tahun 2010, jika diizinkan Allah.

Maka untuk FD2009-OneUtama, kami benar-benar buat serba ringkas. Bermula jam 11pagi dengan 2 buah kereta kami ke OU untuk melihat-lihat kawasan sekitar. Sebenarnya inilah kali pertama emak dan abah ke sana. Tidak yang lain-lain. Sebelum ini kami merancang ke mid-valley. Semua orang pernah pergi ke sana. Malah dah kerap sangat. Tapi tidaklah pula emak dan abah.

Setelah berpusing-pusing kira-kira satu jam, terasalah lapar pulak. Sebetulnya semua dah maklum dari minggu lepas lagi. Jadi pagi-pagi lagi semua dah mengosongkan perut untuk menikmati hidangan percuma yang jarang-jarang sekali kita makan-PH. Dan Izzad menjadi sponsor kami. Maka tercapailah hajatnya untuk belanja kami makan. Dan dengan sengaja memilih hari ini, hari FD2009. Jika MARA tahu sekalipun tentulah tak marah punya. Nanti lepas degree, Izzad bayarlah balik.

Kami benar-benar mengambil masa untuk menghabiskan 1L 3R dengan 4 jenis recipe. Paling tidak satu orang makan 2 potong. Tapi sungguh menakjubkan hari ini ialah Iqmal. Dia betul-betul lapar. 5 potong lesap. Dan dialah orang terakhir berhenti mengunyah. Rupa-rupanya dia dah berkira-kira, tenaga sangat perlu untuk aktiviti berikutnya. Mungkinlah.

Selesai saja makan tengah-hari, waktu zuhur dah masuk. Dengan santainya kerana kekenyangan, kami menuju ke bilik solat. Selesai saja solat, dengan debaran yang amat sangat, maka bermulalah kejuaraan yang ditunggu-tunggu. Pertandingan 10pin-bowling antara 4pasukan plus one.

Sebelum sampainya hari pertandingan ini, masing-masing telah buat helah untuk pergi training. Abah hayun-hayun tangan aje. Buat-buat konon baling bola bowling. Perang saikologi pun tak kurang hebatnya. Masing-masing pasukan nak menang. Dan pagi tadi sempat juga tengok youtube. Ulanglah tayang beberapa kali. Sebenarnya dah lama juga abah tak pergi bowling. Cemas pun ada juga rasanya.
Keputusan sungguh mengejutkan. Memang tak disangka. Lihat sahajalah reaksi mereka. Dan lihatlah pula statistik berikut:

PasukanAhliSkorRankIndividuRankPasukan
KuningAzim24174
KuningIzzad31644
BiruAbah30052
BiruEmak32922
CoklatIqmal28761
CoklatAnna36111
HijauIkram31933
HijauAna24083
PutihDzul1479-

Apa yang diharapkan, jika pertembungan dan pertarungan berlaku lagi, masing-masing pasukan berazam dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi juara. Bagaimana dengan pasukan dari Kuwait? Sudah bersediakah anda.

Hari yang sungguh bermakna ini di akhiri dengan makan malam tajaan pasukan yang menang. Sebenarnya Mal dan Anna memang dah nak belanja kami sebelum kemenangan mereka diketahui. Dan sangat bersesuaian pula kejuaraan memihak kepada mereka. Al-hamdulillah.

Sehingga tiba FD2010, yang akan datang, anda semua bolehlah buat perancangan untuk menjadi juara semada secara individu ataupun berpasukan. Irdina dan Irfan boleh menganggotai pasukan Putih, Insya Allah. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada kita semua di dunia dan di akhirat.