Friday, February 19, 2010

Cerita MosesLake (1)

Dulu saya ada seorang kawan karib, sangat-sangat karib. Lama juga kami berkawan. Mungkin ada 40 tahun lamanya. Sejak awal 70an. Untuk menjaga kemuliaan kawan ini dan persahabatan yang terjalin begitu lama (dan mungkin juga dia baca posting ini), maka saya perkenalkan dia dengan panggilan MosesLake. Dia orang Melayu bukan Mat Saleh.

Nak dijadikan cerita MosesLake telefon saya semalam (18 Feb 2010), setelah hampir setahun tak mendengar apa-apa berita daripadanya. Mula-mula saya terkejut juga MosesLake telefon saya selepas jam 12 tengah malam. Apa hal dengan MosesLake? Kenapa tiba-tiba saja telefon saya tengah-tengah malam buta ni?

Memang saya tidak menduga sama sekali MosesLake yang telefon. Suaranya termengah-mengah. Sesekali menarik nafas panjang. Tersekat-sekat pula tutur katanya. Saya katakan kepadanya: “MosesLake kau ni apa hal? Tercungap-cungap. Biasanya kau dah tidor waktu ni. Kenapa? Ada apa?” MosesLake terus saja mendiamkan dirinya. Saya mula rasa cemas...

Dengan nada yang paling perlahan, antara dengar dan tidak, saya berbisik: “MosesLake kau masih disana? MosesLake kau...” “Yaaa... aku masih di sini!” Keras pulak bunyi suara MosesLake. Saya pula mendiamkan diri. “Ni Yas (panggilan MosesLake kepada saya), aku fon kau ini ada sebabnya.” “Aku dah tau dah. Mesti ada sebab. Kalau tak, tak kan kau fon aku tengah malam buta ni.” Barulah saya rasa tenang bila MosesLake telah tenang.

Akan datang...Insya Allah

No comments: