Isnin, 12 Jan-Serdang Jaya. Hari ini abah ajak Izzad cari lokasi Serdang Raya Learning Centre (SRLC). Ikut Federal Highway. Dekat MidValley simpang kiri menuju ke KL-Seremban Highway. Sebelum Tol Sungai Besi belok kiri. Tersasar juga sehingga terlepas ke Technology Park. Terpaksalah tanya guard Technology Park itu minta panduan. Izzad kata, nasib baik juga guard tu Melayu, bukan Bangla. Simpang ke SRLC sebenarnya dekan dengan Astro.
Akhirnya sampailah ke SRLC. Aduh! First impression, orang kata, tak menakjubkan. Bangunannya sebahagian daripada rumah kedai. Biasalah hari ini, di mana-mana ada U. Dekat giant KJ pun ada UNITAR. Bangunan biasa-biasa. Semasa abah ajukan kepada azim dulu belajar kat KJ, katanya tak macam U pun. U mesti ada kampus, seperti UUM kat US. Tapi abah tak kisah. Hati dah terpaut dengan BIS. Nak buat macam mana lagi. Sabar-sabarlah tunggu 15 semester.
Di SRLC abah jumpa Syikin. Banyak jugalah abah tanya. Tentang jadual tutorial. Tentang bilik tutorial. Tentang parking kereta. Tentang jalan alternative ke SRLC. Syikin kata, ikut saja Federal Highway tu, lebih mudah berbanding dengan jalan melalui Kinrara. Entahlah. Abah rasa nak cuba jalan Kinrara dulu. Baru boleh buat perbandingan. Sebelum balik, sabah sempat juga kompelen. Peta yang disediakan kat MyLMS (nanti lain kali abah ceritakan tentang MyLMS) itu tidak tepat. Itu yang menyebabkan kami sesat dan tersasar.
Bagi peminat dan pengemar ilmu, bolehlah ke Islamic Studies (Management) untuk mengetahui apa yang abah akan belajar nanti. Abah ambil 3 subject untuk Semester Januari: Ulum Al-Quran, Learning Skills for Open and Distance Learners (LSfOaDL), dan Pengajian Malaysia. Tutorial akan bermula Sabtu 17 Januari, Insya Allah. Doakan abah berjaya dengan cemerlang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum...
abah...
kat mane2 belajaq pun sekarang dah xpenting...
semangat dan minat no 1...
w'pun blajaq kat hutan sekali pun, qualiti blajaq yg diharapkan...
tekad dlm hati azim skrg mahu dgree first class... paling teruk pun dgree second upper class...
huhuhu....
moga2 kita (abah,abglang,azim) berjaya peroleh dgree yg kita harapkan...
aminnn....
Waalaikumusalam...
Tenkiu azim. Apa yang hang habaq tu memang betui. Abah pun tau mau kalah... 1st class! Insya Allah.
Abah doakan kita semua berjaya mengekalkan minat dan konsentrasi (belajar sungguh2 lagi smart)... dan jangan lupa stress mgt (solat, baca al-Quran, riadah etc)...Keep on reading my blog...u will find how abah keep the focus in sight...
Post a Comment