Saturday, January 3, 2009

Kereta

Sabtu, 3 Jan-Kelana Jaya. Semenjak akhir tahun lepas (sekitar september 2008) dan seterusnya ke hari-hari tahun baru 2009, menjadikan abah lebih menyedari bahawa apa yang abah ucapkan dulu-dulu masih tetap teguh dimemori anak-anak. Kesan pidato, syarahan, atau leteran menjadi bahan hujahan pada hari ini. Sekurang-kurangnya mereka tetap mengenangkan keadaan mereka yang belum dapat menyuarakan apa-apa pun pada masa lampau.

Tetapi keadaan sudah berubah. Ada siaran secara langsung. Dan ada yang tidak secara langsung (melalui teman yang paling akrab). Berita tetap disampaikan juga.

Sebagaimana manusia ada memori, kereta pun begitu. Mungkin menumpang kapasiti yang ada pada memori manusia. Kerana, percayalah pada satu hari nanti, di masa hadapan akan tersebutlah memori kereta itu (melalui ungkapan manusia).

Allah Knows Best.

1 comment:

Unknown said...

kurang ensem la sket keta.. nak buat camne kan.. harap adik yang bawak keta ni berhenti salahkan diri sendiri.. benda dah nak jadi nak wat camne.. dugaan.. InsyaAllah ada rezeki repair balik memori yang tercalar nih..